[19] Hadith Muslim, 49
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
"Berdermalah kamu dan perbanyakkan permintaan ampun wahai kaum wanita, kerana saya lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka. Maka bertanyalah seorang wanita yang cerdik kpd Rasulullah. Baginda menjawab " Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami, dan saya tidak melihat diantara orang-orang yang kurang pandangan dan agama yang merosakkan jiwa seorang lelaki-lelaki cerdik dan cermat, lebih dari kaum wanita" (Hadith Muslim, 49)
kurang pandangan - 2 orang wanita sama dengan seorang lak-laki dalam hal kesaksian.
kurang agama - wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa di bulan ramadhan kerana datangnya bulan.
Maka, tidaklah Rasulullah mengatakan kaum wanita ini susah untuk ke syurga, walhal kaum wanita adalah kaum yang paling senang masuk syurga, namun kaum wanita jugalah yang senang memasuki neraka. Kaum wanita hanya perlu menjaga hati ibu bapa, kemudian suami, kemudian bersabar semasa mengandung dan ketika beranak, itulah pengorbanan besar bagi seorang yang bergelar wanita. Seperti yang dinyatakan di atas, kekurangan sembahyang bolehlah digantikan dengan perbanyakkan sedekah, solat sunat dan amal ibadah semasa luar dari kitar haid. Bukannya ditambahkan lagi dengan mencerca, leka di dunia, membung masa kerana ini bukanlah terbaik untuk kaum wanita. Alangkah cantiknya sekiranya kaum wanita tersebut menjaga segala ajaran islam, sesungguhnya perhiasan yang tercantik sekali di dunia ialah wanita solehah. Indah, dan tiada lagi ungkapan selain kata indah bagi kecantikan yang lain kecuali wanita solehah.
[18] Mengapa bangsa Rusia tidak menganut Islam
Assalamualaikum,
Setelah berjalan-jalan di kedai buku di Malaysia, sy mencari-cari buku yang dianggap agak mustahil utk sy menjumpai, iaitu buku yang memberi jawapan kepada diri saya, mengapa Rusia tidak dapat menerima islam. Akhirnya, memang dalam jangkaan diri ini, buku tersebut tidak dapat dijumpa. dan ketika itu, adik perempuan sy berhajat utk membeli buku yang bertajuk "Rahsia Allah terhadap Hamba-Nya" ditulis oleh Dr. Umar Sulaiman al-Asyqari.
Ya Allah, ya Rabbku, sesungguhnya engkau memang memberi jawapan kepada hambuMu ini. Betapa tersentaknya diri ini apabila di dlm buku yang dibeli oleh adik perempuan sy, terdapat sub-topik yang dicari-cari oleh saya, "Mengapa Bangsa Rusia Tidak Menganut Islma".
Biarlah sy menulis isi-isi penting untuk kita kongsikan bersama, semoga umat islam sentiasa memperingati satu sama lain untuk mencapai zaman kegemilangan kita sekali lagi, inshaAllah.
Sebuah peristiwa yg dikemukan oleh Syekh Muhammad Said al-Baniy dalam bukunya yang berjudul "Umdat at-Tahqiq", hal 118-119 mengutipkan segala sejarah dari karya Murad Bike ad-Daghistaniy tentang hal keagamaan bangsa Rusia yg lebih cenderung kepada paganisme. Ternyata, salah seorang presiden Rusia bernama Bernass (Welladeimerr), pernah berfikir untuk melepaskan diri, begitu juga rakyatnya, dari keyakinan terhadap paganisme. Dia berhasyrat untuk menemukan agama baru selain paganisme, oleh itu dia mengutuskan beberapa delegasi ke seluruh dunia, mencari dan mengkaji agama-agama yang berkembang di tempat lain dan mana yang lebih layak untuk diyakini sebagai agama yang benar memberikan ketenangan dan kebahagian batin.
Setelah delegasi melaporkan hasil kajian, maka sang presiden tertarik untuk mengenal Islam dan memilihnya menjadi agama rasmi negara. Dia pun memutuskan untuk segera memeluk Islam dan memanggil salah seorang ulama atau ahli Fiqh yang bernama Qazzan yang akan membantunya mengikut segala prosedur untuk memeluk Islam. Tetapi, syeikh tersebut lewat utk mengetahui bhw penduduk Rusia sangat mustahil untuk tidak mengambil minuman keras dan daging babi disebabkan oleh iklim dan cuaca di Rusia sangat dingin. Lantas syeikh itu memutuskan untuk tidak membenarkan minuman keras dan daging babi dimakan oleh seorang muslim, apapun alasannya dan dalam keadaan apa pun.
Kemudian presiden tersebut menjelaskan bahawa hal itu tidak mungkin kerana minuman keras dan daging babi itu telah menjadi keperluan pokok. Dia tidak berani mengambil risiko untuk memaksakan aturan itu kepada rakyatnya. Akhirnya presiden tersebut memendamkan niatnya dan memutuskan untuk memilih Kristian Ortodoks dan menjadikannya agama rasmi negara.
Namun saya berasa kurang mempercayainya, lalu takdir saya menemui seorang teman di daerah Beila Geek (Arthugorl) lalu menanyakan kesahihan tersebut, lalu dia memberitahu peristiwa tersebut bukanlah cerita rakyat atau dongeng bahkan peristiwa tersebut termasuk dalam catatan penting dalam sejarah Rusia.
Kemudian, saya menjelaskan kepadanya bahawa ini adalah kesalahan besar bagi seseorang yang mengaku sebagai pakar islam. Apabila mufti ini benar-benar seorang ahli Fiqh dalam hukum islam, sungguh tidak layak baginya mengambil keputusan yang salah seperti ini. Dia tidak mengerti bahawa beragama adalah satu keyakinan dan ketika iman telah bersemanyam di hati, larangan seberat apapun secara perlahan-lahan akan dijauhi. Seharusnya dia tidak memberatkan fikiran orang yang akan masuk islam dengan menyatakan segala larangan dan kewajiban yang belum mampu mereka fikirkan dan bayangkan.
Jadi sikam kaum muslim yang kaku, tertutup dan ekstrim dalam memahami teks-teks agama secara sempit menyebabkan tertutupnya pintu ijtihad dan lemahnya kemampuan berfikir. Lalu saya menutup perbincangan dengan teman tersebut sambil mengungkapkan kata-kata penyesalan atas peristiwa di masa silam tersebut.
Semoga petikan dari penulisan seorang hamba Allah tersebut dapat dijadikan iktibar utk kita semua. Semoga Allah sentiasa bersama anda di sana, Assalamualaikum.