subscribe to RSS
Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Mengalu-alukan Kenyataan Presiden Pas Tentang Negara Islam

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Tuesday, June 14, 2011
Share

MENGALU-ALUKAN KENYATAAN PRESIDEN PAS
TENTANG NEGARA ISLAM

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Selamat bermuktamar kepada PAS dan tahniah kepada yang diberikan amanah. PAS adalah tonggak politik negara. PAS adalah nafas umat Islam dalam berpolitik di negara ini.

Saya mengalu-alukan kenyataan YB Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang semalam yang menyebut: “Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.

Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS. Dalam masa yang sama bererti PAS terus bersama dengan gerakan Islam lain di dunia ini yang mula keluar dari rethoric negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar yang diperlukan oleh manusia. Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiyyah atau islamic state seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah (decolonization).

Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut Darul Islam atau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu. Apabila perkataan ‘daulah Islamiyyah’ atau Islamic state muncul, kemudian diikuti dengan kebangkitan Revolusi Syiah di Iran, maka perkataan daulah Islamiyyah atau Islamic state ini mula dipopular oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia. Disebabkan istilah ini juga mereka berbalah bahkan menuduh pihak lain kurang islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan daulah islamiyyah atau negara Islam itu. Walaupun kadang-kala pertentangan ada asasnya, namun sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai.

Cuma, sekian lama ramai gerakan Islam yang memperjuangkan istilah ini, mereka masih gagal menetapkan satu takrifan yang jelas dan realistik. Gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan ‘negara Islam’ itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata. Kita boleh lihat khayalan Hizbul Tahrir yang cuba berkembang di negara kita pada hari ini. Ia bolehlah dikatakan utopia state yang hanya wujud diminda, tidak mungkin pada realitinya.

Alhamdulillah, apabila gerakan Islam –sebahagian mereka- benar-benar terlibat sendiri secara langsung dengan politik kenegaraan, maka mereka mula sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan. Kembali mereka merujuk kepada al-Quran dan hadis, juga amalan para khalifah Islam yang mendapat petunjuk (al-Khulafa al-Rasyidin), maka mereka akhir jelas mengapa perkataan ‘negara islam’ atau daulah islamiyyah itu tidak wujud atau tidak disebut.

peta_malaysia.jpg

Politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana. Namun, prinsipnya kekal. Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum –sama ada hudud atau tidak- dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkin keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi. Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan.

Sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih kehadapan, namun hari ini- dengan kenyataan YB Presiden akan memberikan nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud ‘negara kebajikan’ yang hendak diwujudkan. Saya percaya Presiden PAS ada kerangka yang jelas. Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas. Ini kerana welfare state mempunyai pelbagai gambaran. Secara umum, dunia memahami welfare state adalah negara-negara yang memakai nordic model seperti Norway, Denmark, Sweden dan lain-lain. Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut.

4 Jun 2011


sumber: drMaza

When you're trying to correct someone, do it respectfully

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Tuesday, June 7, 2011
Share

Everyday, we are trying to better ourselves and assist others in doing so for the sake of Allah. But let me ask you all something:

If you were doing something wrong, and someone tried to correct you, but they did it disrespectfully, would you want to listen to them?

Would it matter if they had daleel (proof) of it? No, it wouldn’t. Why? Because all you hear from their mouths is disrespect.

You should always try to help people out, but please, be mindful that if you are trying to help anyone, be respectful! Allah loves those who are kind and just.

[22] Selepas berehat agak lama

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Saturday, October 9, 2010
Share

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hampir setahun ana tinggalkan dunia blog, dunia untuk berkongsi, kerana ana rasa ana memerlukan masa juga untuk tarbiyah diri ana.

Alhamdulillah sekarang ana dah selamat sampai di bumi anbiya' Mesir yang amat ana kagumi. Berbagai sejarah kalau dikorek satu per satu, dapat membuka rasa cinta kita kepada para anbiya' serta faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu bangsa tersebut kubur ditelan zaman oleh Allah azzawajalla.

Ana mengaku ana masih rindukan kehidupan di Moscow, dimana ana belajar cara-cara yang agak berlainan dari cara dakwah yang ana belajar semasa di Sri Petaling. Merantau mengajar ana untuk membuka luas minda ana, dengan melihat keindahan ciptaanNya dan puak-puak yang dicipta olehNya, ana sedari ana harus lebih mengenali seseorang daripada lebih dikenali oleh ramai orang.

Kehidupan kita di dunia ini bagaikan pentas yng dicipta oleh Allah, maka bila-bila sahaja kita akan dimatikan. Sebelum kita dimatikan, fikirlah apakah sumbangan kita di pentas tersebut.

Kehidupan ini tidak dapat dipisahkan dengan persatuan. Ana sudah mula giat dalam persatuan sejak sekolah rendah, namun tidak nampak kepentingannya. Ana mula mengenal kepentingan dalam persatuan semasa ana berada di Moscow. KPMM mengajar ana berbagai ilmu-ilmu yang tidak dapat dibanding dengan mana-mana nilainya. Ana akan terangkan lagi kehidupan dalam persatuan di lain hari, InshaAllah.

Ana bersyukur hari ini ana masih lagi bernafas, dengan itu ana akan teruskan mentarbiyah diri ana disamping itu ana akan cuba sampaikan ilmu-ilmu yang ana pelajari selama setahun ana tidak berblog, hehehe.

Salam ukhwah semua.

Blogger Templates

Kehilangan Seorang Ayah

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Tuesday, May 18, 2010
Share

Assalamualaikum,

I read a article and it really touched me, made me to love my parents more than how i love them now. Father and mother, both of them really give big impact for us, without one of them, we really lost in the world even though we were soo sure that we were fine without one of them, neither father nor mother. But the truth is, both of them made our life become complete. Love of a father is not same of a mother's, same goes for a love of a mother is not same with a love of a father. So, please appreciate them as they were still with us now, and i really want to share you the story. Hope you enjoy it.

Article took from iLuvislam.com


Ciumlah Ayah Sebelum Yang Terakhir

Ayah aku meninggal 5 Ogos 2002 pada jam 3. 25pm. Perkara yang aku tuliskan di sini adalah untuk mereka yang masih lagi mempunyai orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan emak yang kesorangan. Anak-anak semua dah dewasa dan berkerja jauh. Hidup ini seolah tiada erti. Selama nie setiap suka duka pasti akan dimaklumkan pada emak dan abah. Kalau naik gaji atau dapat keputusan bagus pasti mereka mereka dimaklumkan sepaya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di Perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah meninggal dalam pelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah di telinga kirinya dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya. Ini adalah kali pertama aku melihat saat kematian. Masih terbayang abah memandang jauh kehadapan dan matanya ke atas sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang, semoga roh abah ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Syukur solat jenazah abah lebih dari seratus orang. Syukur abah dikebumikan dengan selamat. Sejam sebelum kematian aku sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga. Boleh lah bawak emak berjalan-jalan.

Waktu tu abah dah sihat dan sudah ada selera makan. Selepas itu, abah suruh pergi buat kad pengenalan baru pada esok hari. Sebab abah dan emak baru sahaja buat kad pengenalan baru kelmarin. Abah kata hanya memakan masa sehari sahaja dan tidak perlu ambil gambar dekat kedai gambar kerana pejabat pendaftaran sudah mengunakan digital kamera.

Abah kata jangan pakai baju putih kerana nanti gambar tidak jelas. Tetapi tidak sangka keesokan harinya aku pergi ke sana bukannya untuk membuat kad pengenalan baru, sebaliknya untuk membuat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa kita tidak boleh menpercepat atau melengahkannya walaupun sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah di masa tu. Seakan tidak percaya abah hanya melihat ke atas dan menututup mata. Badannya tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma hendak baring sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali aku pergi ke rumah mayat jenazah, pertama kali naik van jenazah, pertama kali aku membuat sijil kematian, pertama kali tidak tidur dua hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar, semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga aku tidak akan berjumpa abah lagi.

Aku memandikan abah dan memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi, pipi kanan, pipi kiri, dan bangun. Namun, tiba-tiba hati aku ingin terus mencium abah lagi. Aku membongkokkan kaki dan mencium dahi abah semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium abah. Tetapi apabila sudah dewasa sudah lama aku tidak mencium pipinya.

Aku dan abang mengangkat jenazah abah dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu, penglihatannya kosong. Setelah 36 tahun hidup bersama abah kini tinggal seorang. Selaku seorang anak, aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam, sabar dan alim. Jemaah masjid, bendahari masjid dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang aku sayang abah cuma dengan abah aku hormat dan memendam kasihku. Lainnya pula dengan emak yang sentiasa berterus terang dan seringkali tidur di peha. Kelmarin, aku baca dairi abah. Tidak sangka abah pun tulis diari. Tiada perkara di dalam dairi itu melainkan perkara tentang anak-anaknya . Semuanya berkisar tentang anak-anaknya.

Aku sendiri tak ingat bila aku membeli kereta tetapi abah catat 18 February: Rizal beli kereta satria hijau 1.6. Abah catat setiap kali anaknya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL dan terdapat juga dalam catatan abah. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat Rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. Abah catat Kak Se keguguran. Abah catat Shaifol, abangku yang sulung ke KL. Menangis kami semua apabila membaca dairi abah.

Abah sayang anaknya tetapi tidak pernah tunjuk sebab abah lebih suka mendiamkan diri dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain, abah hanya banyak bercakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampung abah baru-baru ni cakap;

"Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir yang aku bukan anak yang baik. Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil, kedai dan lain-lain memang semua tersusun. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru. catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur". Abah gariskan perkataan ingat kubur dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.

Abah memang suka budak kecil. Pantang berjumpa anak kecil pasti di dukungnya, bawa berjalan-jalan. Cucu-cucunya setiap kali balik pasti hendak tidur bersamanya. Kini semuanya sudah tiada. Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana kehidupan ini untuk diteruskan tanpa abah. Aku baru bercadang hendak balik dan bertekad bonus tahun ini akan ku berikan abah dan emak masing-masing seribu ringgit. Tetapi Allah lebih menyayangginya. Abah meninggal 5hb tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk pada 10hb Ogos 2002.

Tidak sangka bonusku digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah. Tok Imam ada memberitahu kepada kami;

"Kubur ayah dikorek selepas itu ditanam tetapi tanahnya masih penuh dekat tepi. Terlebih, tandanya seorang yang pemurah. Sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tidak cukup tanah."

"Abah kamu wajahnya senyum walaupun sudah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih. Tidak ada kotor, najis pun tidak ada"

Perkara itulah menyedapkan hati kami. Aku solat Jumaat minggu sudah di Masjid. Aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu."

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun. Ya Allah, sesungguhnya kehilangan ini memberi hidayah kepada aku. Talkin buat abah masih segar.

"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

Kita yang hidup akan pergi juga. Lelaki berat tanggungjawabnya. Suami menanggung dosa isteri dan anak-anak. InsyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma, aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah. Emak juga seorang yang solehah. Aku yakin Allah Maha Pengampun dan Maha Bijaksana dalam menentukan Al-Mizan.

Dahulu emak dan abah setiap waktu ke Masjid. Di rumah mereka sentiasa berdua. Tetapi sekarang ini, emak kata emak takut hendak ke masjid seorang diri. Takut hati tidak tenang teringatkan abah. Inilah perasaan aku sekarang.

Buat kalian yang masih ada emak dan ayah jadikan ini iktibar. Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir dan curahkan kasih sayang tanpa selindung. Tunjukkan kasih sayang anda
Blogger Templates

[20] Moscow - Malaysia - Saudi Arabia

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Sunday, May 9, 2010
Share

Lama dah tidak berblog, ana cuba mencari masa kekosongan, namun hari-hari ana dihabiskan dengan pengenalan diri kepada cara hidup islam secara menyeluruh, inshaAllah. Doakan ana. Diri ana ini hanyalah bernama hamba Allah.

Perjalanan hidup ana masih jauh lagi, selepas mengalami kehidupan yang agak sukar di Moscow, ujian Allah untuk menguji diri ini amatlah berat, namun ana bersyukur kerana ini membuktikan Allah masih sayang lagi kepada diri ini agar kembali semula ke jalan yang satu, sirathol mustakin (Jalan yg lurus).

Lepas je balik dari Moscow, ana terukan kehidupan dengan bercerita dan bertukar pandangan dengan ibu bapa ana tentang masa depan ana. Kemudian, ana dihantar ke Jeddah, Madinah dan Mekah untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah, ana bersyukur ana tergolong dalam umat Rasulullah saw yang mampu mengerjakan umrah (dengan bantuan kewangan dari ibu bapa ana, :D ).

Berada di sana sepatutnya 11 hari, namun berjaya ditambah 8 hari lagi dengan bantuan seorang akhi saya dari Banten, Indonesia. Banyak perkara yang hendak diceritakan, mungkin ana akan tuliskan di kemudian hari. Ana masih letih, dan banyak benda yang ana hadapi lagi sekarang. Ana meminta doa-doa dari saudara/i agar diri ana ini La Tahzan (tidak bersedih) dan teruskan kehidupan dengan pendirian yang kukuh dan tegas. Semoga Allah menjaga hati yang telah Dia kurniakan pengajaran dan peringatan ini. Salam ukhwah.

Blogger Templates

[17] Pertemuan, perkenalan dan perpisahan

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Monday, March 22, 2010
Share

Pertemuan, perkenalan dan perpisahan ialah salah satu lumrah hidup yang selalu kita lalui. Dengan keluarga, kekasih hati, sahabat, kawan-kawan dan mungkin juga dengan binatang perliharaan. Tetapi di sini, aku nak terangkan dibahagian sahabat dan kawan-kawan, kerana kemungkinan besar selepas ini, aku akan berpisah dengan sahabat dan kawan-kawan yang telah aku kenali selama 4 tahun di bandar Moscow ini.

Dulu, perpisahan adalah perkara yang tidak pernah aku risaukan, mungkin disebabkan tadika di Miri, sekolah rendah di Miri, sekolah menengah pun di Miri.. Tempat pertemuan, perkenalan dan perpisahan, semuanya di tempat kelahiran dan dimana aku dibesarkan. Siapa nak sedih selepas habis sekolah rendah/sekolah menengah?? Lepas ni, boleh jumpa lagi, rumah kawan2 pun kawasan Miri jer..

Habis jer SPM, aku dihantar ke Dengkil untuk Program PLKN dimana aku mula mengenal erti sebenar perpisahan. Banyak benda manis dan pahit untuk dikongsi, tetapi biarlah ia di ingatanku dan terus ditanam sebagai kenangan. Bebanyak kawan-kawan yang aku kenali, hanya Yusuf jer yang aku ingat, sebab dialah yang selalu berdamping dengan diri ini selama 3 bulan program tersebut, masalah-masalah dikongsi bersama. Tamat jer 3 bulan, diwaktu itu, terasa sebak dan sakit di dada, perasaan nya sama seperti diri ini ditinggal dengan kekasih hati dahulu, hati tetap tabah, namun tewas lalu menitiskan air mata secara tidak sengaja setelah mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan dan sahabat yang berkongsi cerita ditiap malam dan berkongsi denda sekiranya ditangkap bersalah oleh warden. Kenangan tersebut selalu di ingatan.

Selepas program PLKN, sampainya aku di bumi Miri dengan perasaan ingin berkenalan. Diri yang dahulu sudah berubah, sekarang diri ini tidak ingin memusuhi sesiapa, tetapi ingin berkenalan yang teramat sangat. Bulan 8 adalah bulan perpisahaan antara aku dengan keluargaku, kekasih hatiku dan kawan-kawanku di Miri, tetapi mulanya detik pertemuan dan perkenalan antara aku dengan kawan-kawan dan sahabat di bumi Moscow ini. Lagi-lagi dekat PLKN yang hanya 3 bulan itu pun byk benda yang berkongsi bersama, apatah lagi di Moscow ini yang telah aku diami selama 4 tahun? Terlampau banyak sehinggakan dari masalah percintaan, keluarga dan kewangan dikongsi dan hadapi bersama. Ada masa merungut ada masa membantu. Lumrah alam ini bagaikan putaran roda, sewaktu kita di atas, kita menolong org di bawah, maka sebaliknya sekiranya kita dibawah.

Siapa yang sangka dalam 4 tahun ini, Allah telah menentukan bahawa hidupku disini telah tamat tempoh nya, dan perlunya aku menyambungkan pelajaran di tempat lain? Ya Allah, ujian perpisahan ini amat perit bagiku ya Allah. Berikan lah aku semangat dan kekuatan untuk menjalani ujianMu ya Allah.

Tatapkanlah video yang tidak seberapa DI SINI. Moga dengan perpisahan ini lebih mengikatkan ikatan ukhwah kami, inshaAllah.


Blogger Templates

[16] Emptiness

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Saturday, March 20, 2010
Share

Assalamualaikum,

Everyone ever felt emptiness. Instead of happiness, sadness, madness, angry, irritated and there also an emptiness. No one never feel emptiness, sometimes because there were no one special beside you, sometimes because you got no friends, sometimes because you miss your parents too much, sometimes you forget there always emptiness inside you unless with the company of Allah.

---Emptiness---
(Ibn al-Qayyim al-Jawziyya)

Truly in the heart there is a void that can not be removed except with the company of Allah. And in it there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah and being true to Him. And in it thereis an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.

_________________

If there's anything worse than feeling angry or saddened, it's feeling nothing at all.
it's like searching for something that isn't yet there.
like trying to divide from zero.
Improbable. No, impossible.

How I'd rather crave fate to spiral downwards then to stay static for so long.
They say the world is showing signs of aging; ending when time slows and grinds to a near-halt.
And yet I feel it won't move at all, like an unmovable rock.
Colour, sight, sound, has all become nothing but denotation, background, mise-en-scene.
Words become white noise without meaning.

_________________

Cherish Your Day

Every Day ...
Share a kind word with a friend.
Give away a smile.
Listen to what someone has to say.
Listen with your heart,
to what someone cannot say.
Forgive one person who has hurt you.
Forgive yourself for past mistakes.
Realize your imperfections.
Discover your possibilities.
Make a new friend.
Accept responsibility for everything you do.
Refuse responsibility for anyone else actions.
Dream one dream.
Watch the sunset.
Cherish what you have.
Cherish who you are.
Love your life.
Blogger Templates

Seni Menyemai Cinta

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on
Share

Seni Menyemai Cinta

Dalam dakwah dan juga kehidupan, manusia tidak lepas daripada berinteraksi dan setiap interaksi itu tentunya akan melahirkan sesuatu. Seorang daie di tuntut untuk memaksimakan interaksinya dengan orang lain supaya ianya berhasil untuk memacu dakwah di dalam masyarakat. Hadiah merupakan salah satu seni interaksi yang mampu melahirkan suatu impak yang luar biasa.

Dan terkadang, kita buntu bagaimana cara untuk kita mengenali dan mengetuk pintu hati seseorang? Memberi hadiah adalah satusatu daripada wasilahnya.

Dalam beberapa riwayat, Rasul sangat mendorong agar kaum Muslim saling memberi hadiah, bahkan meskipun hadiah itu secara tampak nilainya kecil. Beliau berkata, “…meski sebuah tungkai kambing.”

Manusia tewas dengan pemberian – Kerana adanya sifat ‘inginkan / meminta’

Kehidupan manusia tak pernah luput dari yang namanya keinginan ataupun meminta. Sedar atau tidak, kita memerlukan orang lain untuk memberi sesuatu yang kita perlukan. Begitulah kehidupan berputar.

Sejak lahir, seorang anak manusia meminta banyak dari ibunya. Mulai dari makanan, minuman, perlindungan, dan belaian kasih sayang. Ungkapan memintanya pun tidak mengenakkan: menangis. Itulah bahasa meminta pertama manusia.

Mungkin, inilah tabiat dasar manusia: selalu meminta. Mulai lahir, masa anak-anak, dewasa, dan akhirnya tua. Lagi-lagi, manusia meminta. Bahkan di akhir hayat pun tangis mengungkapkan bahasa asalnya ketika lahir: meminta. Manusia menangis kerana merasa tidak mampu mengurus dirinya sendiri, menjaga isteri, dan membiayai anak-anak. Ia menangis sebagai ungkapan meminta ke orang lain.

Memberi Hadiah – Mengukuhkan rasa cinta

Dalam satu hadith mursal, Imam Malik di dalam Al-Muwatha’ mengeluarkan hadis dari Atha’ ibn Abdillah al-Khurasani bahwa Rasul saw. juga pernah bersabda:

تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ، وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا، وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ

Saling berjabat tanganlah kalian, nescaya akan hilang rasa dengki; dan saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian kalian akan saling mencintai dan akan lenyap rasa permusuhan (HR Malik).

Hadis Malik ini statusnya adalah hadis mursal, karena Atha’ ibn Abdillah al-Khurasani adalah seorang tâbi’în.

Hadiah, mampu menumbuhkan rasa cinta, apabila pemberi memberi dengan ikhlas hati kepada penerima. Dan penerima selalunya akan rasa terhutang budi kepada pemberi, langsung melapangkan dadanya menerima pemberi, membuang rasa benci dan menyemai kasih sayang.

Bahkan hadith lain mengatakan;

« تَهَادَوْا تَحَابُّوا »

“Saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian saling mencintai” (HR al-Bukhari, al-Baihaqi, Abu Ya’la)

Kisah generasi pertama

Itulah yang pernah terjadi di generasi para sahabat Rasul. Seorang sahabat Anshar pernah menawarkan separuh hartanya kepada Abdurrahman bin Auf. Bahkan, ia siap menceraikan salah seorang isterinya untuk kelak dinikahkan kepada Abdurrahman bin Auf.

Sepertinya si sahabat Anshar menangkap sesuatu yang kurang dari sahabatnya yang ‘terusir’ dari Madinah itu. Kasihan Abdurrahman, ia meninggalkan segala-galanya di Mekah demi menunaikan perintah Rasul untuk berhijrah. Begitulah mungkin yang sempat terpikir sahabat Anshar. Tanpa menunggu diminta, ia langsung menawarkan. Sayangnya, penawarannya yang tulus ditolak Abdurrahman. Sahabat Muhajirin ini tidak mahu menyusahkan tuan rumah. Ia cuma menanyakan tempat di pasar, agar dia boleh berdagang.

Khatimah

Pelbagai manfaat boleh kita peroleh daripada pemberian hadiah;

  1. Membina persepsi yang baik terhadap diri kita
  2. Merapatkan jurang hubungan
  3. Melaksanakan tanggungjawab sosial
  4. Menyemai benih iman dan mendidik berinfak di jalan Allah

Berilah hadiah, tidak kira sebesar manapun materialnuya, yang penting ianya datang dari hati yang penuh ikhlas.

Mudahan infak yang keluar dari poket seorang mukmin, menjadi seperti apa yang di umpamakan Allah iaitu, diumpamakan seperti benih. Dari benih itu menjadi pohon kebaikan yang tumbuh besar dan akhirnya berbuah.

Maha Benar Allah swt. dalam firman-Nya di surah Al-Baqarah ayat 261, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada tiap bulir: seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Allah swt. berfirman, “…Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-Hasyr: 9)

Blogger Templates

Timba Cari Perigi?

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Tuesday, March 16, 2010
Share

Petikan diambil dari iLuvislam

Entiti seorang wanita tidak dapat lari daripada dikaitkan sebagai ciptaan yang mampu menentukan jatuh bangun masyarakat melalui peranannya sendiri mahupun melalui peranan yang dimainkan terhadap lelaki.

Ayat Al-Quran tersusun indah mengikut kecenderungan manusia. Ayat bab zina dimulakan dengan penzina perempuan (Az-zaniah) dan diikuti penzina lelaki (Az-zani). Ayat bab mencuri pula dimulakan dengan pencuri lelaki (As-sariqu) dan diikuti dengan pencuri perempuan (As-sariqatu). Diambil dari sini, permulaan pada bibit-bibit zina itu adalah melalui seorang wanita.

Namun kini, saya melihat situasinya mula berubah. Dahulu imej wanita itu dikaitkan sebagai penggoda sehingga mampu membawa seorang Abid ke lembah kekufuran dan beraneka lagi hikayat yang mengisahkan kejatuhan seorang lelaki yang hebat dek kerana tergoda dengan wanita yang cantik. Hikayat-hikayat ini sering menjadi bahan bacaan saya di waktu kecil.

Keadaan itu mungkin tidak berubah pada dunia secara global. Justeru kita melihat, pelbagai artikel ilmiah dan dakwah menyeru wanita supaya menjaga diri mereka. Mengelakkan diri daripada menjadi fitnah. Menjaga pemakaian dan pergaulan. Dari aspek menutup aurat sehinggalah ke aspek muamalah. Dari cara bercakap sehinggalah cara berjalan. Semuanya diambil berat terutama oleh golongan Adam yang mungkin rasa tergoda. Artikel-artikel yang menukilkan luahan rasa hati Adam yang sulit menundukkan pandangan dan sebagainya sangat kerap diulang siar.

Saya kadang-kala mahu marah. Sering wanita dipersalahkan. Tidakkah kalian sedar wahai Adam, ketika mana kalian sendiri menguarkan luahan hati bisikan iman kalian itu, kalian jualah yang membentuk dan menyuburkan pembiakan titik-titik hitam pada gumpalan darah bernama hati itu dengan pelbagai aktiviti mendekati zina yang kalian sendiri mulakan.

Contohnya senang, sejak terlibat aktif dengan dunia maya, bermula dengan Friendster pada tahun 2007, "Friendster Friend Request" saya majoritinya lelaki. Saya perhatikan itu.

Bercerita tentang YM, lagi banyak pengalaman. Percutian selepas SPM mengakibatkan saya bergerak aktif di alam maya sehinggalah kenalan YM saya bertambah dengan mendadak. Namun saya bersyukur, kerana hampir kesemua yang meng"add" saya di YM merupakan mereka yang mempunyai kesedaran agama dan perbincangan kami juga berkisar perihal yang perlu, dan amat membantu saya dalam proses pertukaran idea. Sungguh, saya rindu saat itu. Walaupun bercuti, minda saya berjalan dengan bantuan mereka. Saya yang baru bertatih mengenal dunia luar seakan-akan mendapat jalan pintas untuk ke aras pemikiran yang lebih matang. Dan saya tidak kisah, kenalan lelaki mahupun wanita, asalkan matlamat ilmu itu tercapai.

Sehinggalah ketibaan saya di bumi Mesir, mungin kerana sistem maklumat yang sangat canggih, saya juga tidak tahu bagaimana id YM saya dan beberapa rakan tersebar kepada golongan** yang tidak kami kenali, dan sekadar di"add" di YM untuk menambah koleksi barang kali. Kadang-kala saya mendengar cerita perbualan yang saya kira berlebihan melalui YM. Bukan sekali, sewaktu saya menatap skrin handset atau laptop yang sedang digunakan rakan-rakan saya, golongan** ini mem'BUZZ' dan memulakan perbualan yang saya kira sangat mengarut. Bukanlah saya tidak pernah chatting dengan lelaki, cuma saya merasakan mereka sangat mengarut dan menggunakan istilah yang amat tidak patut.

Akhirnya saya minta kebenaran rakan-rakan saya tadi untuk menegur kelakuan kenalan YM mereka itu. Biarlah mereka mengganggap saya syadid atau skema, yang pasti saya mahu mereka jelas dengan situasi.

Kisah saya sendiri pula, ramai (yakni lebih dari satu) juga yang meng"add" YM saya entah-dari-mana, yang memulakan perbualan secara "gedik". Seboleh mungkin saya cuba membalas mesej mereka sebelum akhirnya saya berterus-terang tentang pandangan dan perasaan saya dalam bentuk teguran langsung.

Dari cerita seorang kawan pula, kedapatan seorang lelaki ini yang saya kenali sebagai seorang yang pandai berkata-kata. Dia sering me"misscall" rakan saya ini, dan sering kali juga meminta credit sharing. Sedangkan dari yang saya kenal, si lelaki ini sering memuatkan artikel Islamik di blognya dan termasuklah juga artikel yang saya sebutkan sebagai peringatan kepada wanita.

Maka, wanitakah penggoda?

Persoalan ini saya ajukan kepada ibu saya. Jawab Ummi, begitulah zaman sekarang. Kita sebagai wanita yang perlu pandai jaga diri. Maka wanita, jagalah diri anda kerana mereka yang meminta anda menjaga diri itu sebenarnya sedang dalam kegagalan menjaga diri sendiri.

Bagi saya, saya suka mencari kenalan baru, bertukar pandangan dan idea, ilmu serta maklumat, pengalaman dan kemahiran, tapi tidak untuk bergedik santai, kerana itu satu penghinaan buat saya sebagai seorang Muslimah.

**Golongan yang dimaksudkan terpaksa dirahsiakan demi kemaslahatan bersama

Oleh : humaira al-hamra

JAWAPAN :

Assalaamu'alaykum warahmatullah.

Pertama sekali, segala puji bagi Allah dan jazakillah khayran kathira atas artikel yang menarik ini.

Pada pendapat saya, sebelum bisa isu seperti ini dibahaskan adalah lebih baik andai kita meletakkan jauh-jauh sentimen berkenaan jantina. Ini kerana, apabila kita berbahas untuk mempertahankan sesuatu jantina maka perbahasan itu tidak ke mana. Mari betulkan niat berbincang dan berbahas kerana Allah semata dan dengan niat mencari penyelesaian, bukan untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan.

Saya tidak mahu komen panjang berkenaan isu ini kerana saya rasakan ianya sudah banyak diperbahaskan merata tempat dan jawapannya akan kembali kepada syariat yang ditetapkan Allah melalui PesuruhNya, Nabi Muhammad, iaitu lelaki dan perempuan keduanya perlu pandai menjaga diri mengikut Sunnah Nabawi.

Menyentuh persoalan di timbulkan oleh saudara Pemuda Baru Belajar:

Pada pendapat saya, tidak salah lelaki menggunakan bahasa yang lebih lembut apabila berbicara dengan wanita. Sudah Sunnatullah yang wanita mempunyai emosi yang lebih lembut dan mudah terluka, jadi para lelaki perlulah berlembut bila berbicara. Tetapi perlu tahu batas, jangan berlebihan sehingga tahap menggatal.

Buat wanita pula, jagalah kelembutan bicara dan kelunakan suara. Ini Syari'atullah yang ada dinyatakan dalam Kalaamullah. Firman Allah melarang wanita menarik perhatian lelaki dengan menghentakkan kaki berperhiasan, apatah lagi bila melunakkan suara sehingga menaikkan syahwat lelaki. Kelembutan wanita bukanlah kelemahan, tetapi perhiasan mereka. Tetapi, kelembutan itu hanyalah perhiasan untuk lelaki yang halal baginya yang bergelar suami dan bukan yang lain.

Wallahu a'lam.

Oleh : hafiz_chouji

Blogger Templates

[15] Islam dalam kehidupan ana

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Monday, March 15, 2010
Share

Assalamualaikum dan salam sejahtera, setelah sekian lama ana tidak berkongsi pengalaman ana. Asyik-asyik cut n paste artikel orang jer, hehe. Jadi, malam ni tetiba ana ingin berkongsi pengalaman ana setelah mempraktikan cara hidup ana dengan cara yang diajar oleh islam. Islam terlalu sempurna, sekiranya diletakkan sebagai prinsip-prinsip hidup, hidup antum akan menjadi lebih bermakna.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (Al-Baqarah:208)



Dahulu, ana selalu pasang niat hanya untuk diri ana, contohnya, "ana nak belajar bidang perubatan ni dengan harapan nak kerje kat hospital, pastu klo ade peluang, dapat hospital swasta, takpun buka klinik sendiri". Itu hanya salah satu contoh, byk lagi contoh-contoh niat ana yang hanya pentingkan diri ana sendiri, langsung tidak terniat untuk buat sesuatu demi Allah azzawajalla.

Bayangkan, kita sekarang bagaikan di pentas, ape yang kita dpt di dunia ini hanya bagai prop di pentas tayangan. Langsung ana terlupa bahawa dunia yang kekal iaitu akhirat, di sanalah dunia sebenar. Ana tidak menyatakan kita abaikan dunia, hanya bekerja untuk akhirat. Sekiranya kita memahami islam, praktik kan dalam hidup seharian, itulah islam. Berjaya di dunia dan di akhirat.

Setiap kali ana tidur, setiap kali ana membaca artikel, setiap kali ana menulis artikel untuk dikongsi kita bersama, setiap kali ana keluar dari hostel ana, ana sentiasa mengingati diri ana supaya sentiasa berniat demi Allah, biar Allah meredhai segala tindak tanduk ana dan permudahkan hari-hari ana, jauhi ana dari godaan syaitan dan hawa nafsu sesungguhnya ana hanyalah hambaNya yang terlalu lemah.

Allah tidak pernah mengabaikan kita, bagi sesiapa yang rasa dirinya terlalu hina, atau rendah diri kerana selama ini langsung tidak beriman kepadaNya, segeralah taubatmu, kerana Allah maha pengampun. Ana ialah contohnya, ana dibekalkan ilmu agama dari bapa ana, namun ana langsung tidak menghargainya, ana mempersiakannya. Namun, alhamdulillah, ana sekrang berserah sepenuh diri kepada Allah dan inshaAllah sekiranya Allah mengizinkannya, ana akan tetap terus beriman kepadaNya dan akan bersungguh untuk melakukan dakwah dan tarbiyah demi agama islam yang ana berserah diri.

Semoga, kita dapat melakukan sedikit sebanyak pengisian walaupun ana tahu, ana hanyalah hambaNya yang terlalu lemah dengan dugaanNya. Allahuakbar!

Blogger Templates

Seorang zaujah

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Tuesday, March 9, 2010
Share

Petikan diambil dari Herman Samsudeen

Terlibat dalam Jamaah adalah suatu perkara yang paling baik yang pernah ana lakukan kerana di sinilah bermulanya erti kehidupan ana yang sebenar. Diperingkat awal penglibatan memang banyak dugaan. Hatta, hingga ke hari ini pun masih ada lagi ujian yang harus dihadapi.

Memang letih untuk terlibat aktif dan memegang beberapa amanah berbentuk jawatan atau tugasan. Dalam hal ini memang sukar menolak bila sahabat memerlukan khidmat dari ana. Tapi kudrat ini terbatas, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun ana bersyukur kerana Allah menganugerahkan seorang Zaujah yang rajin dan prihatin untuk menjaga ana.

Walaupun kerap keluar malam dan kembali ketika saat dinihari, namun kesabarannya berjaya menyejukkan hati. Berkat dari pembacaan dan tunjuk ajar dari orang-orang tua, bahtera yang baru setahun jagung ini tetap utuh walaupun sesekali dipukul ombak. Pelbagai ilmu cuba ana praktikkan bagi menjaga hubungan suami isteri, mana yang lebih kami kongsikan mana yang kurang kami tambahkan.

Masing-masing ada keburukkan dan keistimewaan. Dan peristiwa DEMAM PANAS sabtu lalu benar-benar menunjukan keistimewaan zaujah ana.

Pada Jumaat malam 22 Jun lepas, selepas sahaja mesyuarat bulanan bersama pemuda Titiwangsa kira-kira jam 12.00 tengah malam, ana terus menghantar seorang sahabat lama ke rumahnya di Padang Balang. Hujan renyai-renyai baru sahaja turun. Ketika sampai dirumah jam menunjukan masanya, 1.45 pagi. Keadaan sekitar Taman Batu Permai masih lagi bergelap, termasuklah rumah ana. Sejak jam 8.30 malam lagi, semua talian letrik sekitar Taman Batu Permai terputus, entah kenapa.

Walaupun hujan semakin kuat diluar, namun bahang panas dalam rumah amat terasa. Memang sedikit terganggu kehidupan dibandaraya ini bila letrik tiada, kipas pun tak dapat dihidupkan. Ketika masuk ke bilik, Kelihatan zaujah ana sedang tidur dalam keadaan berpeluh. Ana amat memahami kerana sejak berbadan dua ini suhu badannya memang berbeza. Lantaran itu, ana menyelakkan sedikit kain langsir dan membuka ’sliding door’ untuk membenarkan untuk sejuk diluar menyelinap masuk ke dalam bilik.

Selepas bersihkan diri dan menyalin pakaian, ana terus tidur. Tidur yang cukup lena diiringi oleh rintikan hujan yang kian lebat diluar.

Ketika zaujah ana kejutkan untuk bersolat subuh, memang berat nak bangun, badan terasa lemah. Namun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, ana kuatkan juga. Selepas solat subuh ana tidur semula. Zaujah ana kehairanan sebab petang semalam ana bagitau dia bahawa pagi ini ada program bersama PASTI di Cheras dan perlu keluar awal.

Zaujah ana kejutkan semula. Bila melihat ana mengigil dan memegang dahi ana yang panas barulah dia faham. Ana kena demam panas.

Alhamdulillah, dia tidak panik. Ana diselimutkan dengan selimut tebal dan dibiarkan tidur sebentar. Dalam pukul 8.30 pagi, dia mengejutkan ana lagi. Ketika ana bangun memang terasa lemah

Kelihatan bilik telah dikemas, kain baju telah dibasuh dan disidai.

Dia memimpin ana ke tandas dan terus memandikan suaminya yang amat dicintai ini. Dia mengosok tubuh ana sambil memberikan kata-kata semangat. “Ini adalah ujian Allah, Allah nak bagi pahala” ujar zaujah ana.

Bila melihat kesungguhannya disaat memandikan ana, memang terasa terharu. Inilah dia Isteri Solehah kurniaan Allah, pagi petang tidak lupa baca Al-Quran, sentiasa memahami dan menjalankan tanggungjawabnya pada Allah dan suami.

Selesai sahaja mandi dan lengkap berpakaian, kami ke Klinik yang berhampiran. Doktor di klinik tersebut sedikit terkejut bila melihat termometer yang menyukat suhu badan ana. “over 100″ itulah yang terkeluar dari mulutnya. Suhu badan ana lebih dari 100 darjah Celcius. Ana diberikan satu injection dan ubat.

Sampai dirumah, zaujah ana terus menyediakan makanan berupa bubur. Ana disuapkan, dan sepintas lalu ana terkenangkan saat ketika zaman bujang dikampus dahulu. Seorang sahabat karib pernah menyuapkan makanan ke mulut ana ketika ana dimasukkan ke dalam wad di HKL. Tapi kali ini rasanya berbeza. Walaupun tekak terasa perit untuk menelan makan dan air, berkat keikhlasan seorang wanita yang bergelar zaujah ini segalanya mampu ana hadapi. Walaupun cuma beberapa sudut tetapi ia cukup untuk mengenyangkan perut ana.

Ana terpaksa batalkan dan tarik diri dari semua program sepanjang hujung minggu ini kerana tidak terdaya. Ana hanya mampu terbaring di atas katil merenungkan kekerdilan diri sebagai hamba Allah. Dua hari ana terbaring dan tak mampu buat apa-apa. Semua kerja rumah, zaujah ana terpaksa lakukan bersendirian.

Selalunya jika ada masa dihujung minggu ana akan membantunya membasuh kain atau bersihkan rumah. Kali ini ana tak berdaya langsung. Service kereta pun zaujah ana terpaksa uruskan. Inilah dugaan Allah dan ana redha takdirNya ini.

Sesungguhnya Allah Maha Hebat dan Agung. Ia Maha Pemurah dan Menyayangi. DiberikanNya kita penyakit tetapi dalam masa yang sama dosa kita dihapuskan, pahala kita ditambah. Dianugerahi kita dengan kasih sayang dan kenikmatan hidup.

Hidup suami isteri memang menarik. Kita bersahabat banyak mana pun, tetapi dengan adanya seorang isteri yang solehah sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia. Berkat seorang Isteri yang selalu mendoakan suaminya, InsyaAllah kita akan lebih maju kehadapan, asal sahaja kita tidak lupa pada tanggungjawab.

Kehidupan ini adalah satu tanggungjawab. Sebaik sahaja kita buka mata disubuh hari kita sudah ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Kita tidak mampu hidup bersendirian, kita perlukan teman untuk kita meneruskan kehidupan ini.

Ana pernah hidup membujang, tetapi bila sudah berkahwin terasa banyak kelainan. Ringan bahu dan makin bersemangat untuk berjuang.

Kepada sahabat-sahabat yang belum berkahwin, ana nasihatkan untuk berkahwin segera. Jika tidak mampu berkahwin 4, kahwinlah 3, jika tak mampu, ambillah 2, jika tak mampu juga, cukuplah dengan 1. Kahwin ini satu amanah, tetapi dengan satu amanah ini, banyak amanah lain akan menjadi ringan dibahu kita. Terpulanglah pada kita untuk menjaga dan menguruskannya.

Dibelakang seorang lelaki yang hebat itu, pasti ada seorang wanita solehah yang menyokongnya. Jadi janganlah abaikan wanita yang bernama Zaujah ini, jagalah ia sebagai mana kita menjaga rusuk-rusuk yang ada dalam tubuh kita. Dekat dihati, menenangkan rohani.

Artikel ini sengaja ana nukilkan sebagai menterjemahkan sedikit keindahan alam rumahtangga dan penghargaan buat Zaujah ana yang tercinta serta zaujah para pejuang yang tabah, ikhlas dan taat pada suami mereka di seluruh dunia ini. Teruskan kebaktian anda pada suami, demi Allah doakan semoga mereka akan terus gagah berjuang kerana Allah- Herman Samsudeen

ketika artikel ini ditulis, ana masih demam lagi. InsyaAllah sehari dua akan sembuh. Semoga sahabat-sahabat dapat doakan kesihatan ana dan keluarga agar dapat menyambung aktiviti yang tergendala.

Blogger Templates

[14] Faham vs Tahu

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Monday, March 8, 2010
Share

Part 3 of 3

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” (Hadith Sahih Al-Bukhari dan Muslim)

Tanda kasih sayang Allah pada hambaNya adalah dengan mengurniakan kefahaman ad-Din kepadanya, iaitu kefaham dalam cara hidup. Dan kefahaman tersebut bukanlah boleh diperolehi dengan kefahaman akal tapi hanya boleh diperolehi dengan kefahaman hati. Sebagai contohnya, boleh ke tak antum fikirkan, logik ke tak Allah memerintahkan perempuan untuk bertudung, tutup segala aurat di tengah-tengah teriknya sang matahari menyinari bumi? Berpeluh dan basah menyebabkan si perempuan tidak selesa semasa keluar berjalan-jalan. Logik ke tak?

Langsung tidak logik kalau difikirkan dengan akal, tapi, jika difahami dengan hati, Setiap suruhan Allah pasti memberi hikmah-hikmahnya tersendiri. Ganjaran yang Allah berikan kepada manusia yang mentaati suruhanNya terlalu besar untuk dibayangkan. Fahamilah, sekiranya berfikir dengan akal, ianya hanya memberi kelogikan tanpa memikirkan hikmah tersirat yang tidak dapat difikirkan dengan akal.

Sebagai contoh yang kedua lagi, betapa kerasnya bishop-bishop di Barat mempelajari al-Quran, menterjemahkan kepada bahasa ibunda mereka, namun maksud-maksud yang mereka dapati hanyalah maksud yang dilahirkan oleh akal logik, bukannya hati. Betapa teruknya Allah memerintahkan untuk pencuri dipotong tangan dalam pandangan mereka. Setiap suruhan Allah, fahamilah dengan hati, suruhan agama tidak dapat difahami dengan akal logik. Allah Maha Mengetahui. Allahhuakbar.

Hadith Logam
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Para manusia ini adalah bagaikan benda logam,sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang - orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang - orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka menjadi pandai - dalam hal agama. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan - maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk.” (Riwayat Muslim). Imam Bukhari meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. Al-Arwah dan seterusnya itu dari riwayat Aisyah radhiallahu ‘anha.

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sebagai contohnya, pisau? Dari zaman Paleolitik, pisau berunsurkan tajam. Hujung pisau kenalah tajam untuk memotong sesuatu. Sehingga sekarang, hujung pisau adalah tajam. Begitulah maksud hadith di atas. Namun, apabila seseorang telah faham sesuatu, kekuatan dirinya (Logam) dapat digunakan untuk menyokong samada jahiliyyah ataupun menyokong islam - segalanya bergantung pada kefahamannya. Ana letakkan pisau sebagai contoh sekali lagi kerana ianya contoh yang senang. Pisau, dicipta untuk memotong daging-daging dan sayur-sayuran serta bawang. Itulah tujuan ciptaan nya. Namun, sekiranya antum bayangkan pisau tersebut mempunyai roh seperti manusia. Maka, terpulang kepada fahaman ia untuk melakukan suruhan kita ataupun melakukan sesuatu yang kita tegahkan - membunuh. Sama seperti kita, kita dicipta untuk beribah kepada Allah, dan ingatilah suruhan Allah kepada golongan-golongan yang leka. Itulah tujuan ciptaan kita, namun kita leka, kita terlampau sayangkan dunia sehingga terlupa tujuan utama kita wujud di dunia ini.

Faqahu dan faqihu (Memahami ilmu Fiqh dan Memahami islam)
Tidak semestinya, untuk kita memahami islam kita perlu memahami ilmu fiqh yang mendalam dan tidak semestinya memahami ilmu fiqh dapat membawa kita kepada kefahaman islam.

Hati ialah unsur yang digunakan untuk faham

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A'raf 7:179)

Allah mencipta pada manusia 3 anggota: mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan hati untuk memahami. Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya otak ataupun akal manusia. Apa yang difahami oleh hati pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang.

Blogger Templates

[13] Islam ke islam?

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on
Share

Part 2 of 3

Sekiranya antum muslim, apakah agama antum? Islam? ke islam? Ade beza ke Islam dengan islam? Pada bahasa islam bermaksud tunduk, patuh dan berserah diri. Ana terfikir, jadi ade beza ke Islam dgn islam?

Watak 1 : Saya Islam. (Saya Berserah Diri)
Watak 2 : Saya islam. (Saya berserah diri)

Apakah pandangan antum? Kalau dengan pemahaman ana, Watak 1 tu, nme die Islam, Watak 2 tu, die seorang islam. Mengapa ana berkata demikian? Islam adalah kata kerja, maksudnya berserah diri. Sekiranya kita jadikan kata kerja tersebut menjadi kata nama, ianya hanya nama dan tak dikerjakan. Adakah antum ingin meletakkan nama islam hanya dengan nama, tapi tidak dikerjakan suruh-suruhanNya?

Tujuan kita sebagai manusia/hamba Allah ialah untuk beribadah kepada Allah dan mengingati kepada yang terleka (Ub'diah dan Khalifah).

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.” (Az-Zariyat 51:56-58)

Manusia mungkin keliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah antaranya persoalan rezeki dan kebahagian duni lagi-lagi setelah Allah turunkan penyakit wahan kepada diri kita iaitu penyakit CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.” (Al-Baqarah 2:30)

Tugas Khalifah mungkin silaah ertikan sebagai satu tanggungjawab politik atau sekadar memakmurkan bumi Allah. Sedangkan islam menyarankan supaya semua manusia agar tunduk kepada Allah dan memenuhi tujuan penciptaan mereka. Oleh itu, tugas khalifah adalah untuk memastikan manusia terus berada atas landasan Ibadah kepada Allah.

Blogger Templates

[12] Siapakah KITA?

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on
Share

Part 1 of 3

“Ini Sejarah Kita”

Pada mulanya soalan ini ditujukan kpd ana, ana memikirkan, sejarah diri ana? Jadi ana menjawab, bapa ana dari Kelantan, mak ana dari Sarawak, dan ana tinggal di Miri, Sarawak. Disbbkan bapa ana melayu, maka ana salah seorang melayu. Mase kecik ana selalu susahkan mak bapa ana, ana belajar di tadika bina Miri, kemudian sekolah rendah di SK(A) Miri kemudian sambung di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang. Selepas itu, ana yang mengambil bidang perubatan. Dan ana muslim. Itulah diri ana. Kemudian, ana menghadirkan diri ke isk (ini sejarah kita), soalan pertama bukanlah Apakah sejarah kita?, tapi, soalan pertama adalah Siapakah "Kita"? Siapakah diri antum? Adakah antum pelajar? Bakal engineer? Bakal pilot? Bakal doctor? Bakal mekanik? Ataupun adakah antum Melayu? Bidayuh? Iban? Melanau? org negri? Ataupun ADAKAH ANTUM MUSLIM? Ataupun, antum menggelar diri antum "Saya pelajar Melayu Muslim" ?

Siapakah Kita? Pelajar? Pelajar ada had jangka masanya, sampai umur kita dalam lingkungan 30-40thn, masyarakat sekeliling kita takkan la masih memandang kita sebagai seorang pelajar lagi. Walaupun diri kita masih belajar, namun pandangan luar takkan menganggap kita sebagai seorang pelajar. Kemudian, Melayu? Adakah bangsa ditentukan oleh diri sendiri? Ana seorang Melayu/Melanau (Bapa Melayu, Mak Melanau), adakah ini kehendak ana? Tak, ini adalah disebabkan asal usul nenek moyang ana, ana tidak salahkan salah silah keluarga ana, tapi jika ana ingin menjadi bangsa Kadayan, dapatkah ana tukarkan status Bangsa ana? Tidak! Tidak sesekali! Maka, dalam isu Siapakah Kita? ini, bangsa bukanlah sesuatu yang penting dalam menilai siapakah diri kita ini. Allah tidak mengenal seseorang itu dengan status seseorang, bangsa ataupun dimanakah salah silah keluarganya. Allah hanya melihat hati dan perbuatan hambaNya yakni islam, bukan pada bangsa dan rupa seseorang.

“Sesungguhnya Allah tidak memandang jasadmu dan rupamu. Tetapi Allah memandang pada hatimu dan amalmu.” (Hadith Riwayat Muslim)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat 49:13)

Maka kita adalah muslim dan setiap mereka yang beriman adalah adik beradik kandung kita. Salah satu contoh terbaik ialah kisah salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Mus'ab Umair. Selepas kemenangan umat islam semasa perang Badar, tahanan-tahanan perang diikat kedua-dua tangannya, salah seorang daripada banduan tersebut ialah adik kandung Mus'ab Umair. Dia meminta Mus'ab agar melonggarkan ikatan tangannya kerana sakit, namun Mus'ab berkata "Kuatkan ikatan di tangan banduan tersebut sesungguhnya dia bukanlah adik ku, dia tidak beriman kepada Allah". Betapa tingginya iman Mus'ab Umair, sanggup meninggalkan hartanya dan keberadaannya demi Allah. Antum boleh mambaca salah satu kisah Mus'ab Umair di SINI.

Blogger Templates

[11] Sayangi ibu bapa

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Saturday, March 6, 2010
Share

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam, ana telefon papa ana untuk mendengar rintihan hati seorang mama ana semasa mendengar ana gagal dalam bidang perubatan. Ana terkesima mendengar kata-kata papa, betapa teruknya ana kerana langsung tidak memahami hati seorang mama yang terlalu sayangkan anaknya. Ana menangis, berdoa agar kuatkan hati mama ana supaya tidak malu dan segan dengan kawan-kawannya yang mengetahui anaknya gagal.

Ya Allah, ampuni dosa ana sepanjang menyakiti hati mama ana. Alhamdulillah, kata-kata dari papa ana sungguh bermakna untuk ana yang sekarang sedang ragu-ragu, malah patah hati untuk mengambil mana-mana bidang, namun berbekalkan dgn kata-katanya, ana yakin ana akan berserah kepada Allah SWT dalam apa jua masalah ana, biar Allah tentukan terbaik bagi diri ana, keluarga ana dan umat islam di seluruh muka bumi ini.

Pujian itu racun, Cacian itu penawar
Takutilah semsa dipuji, Bergembiralah membaiki diri semasa dicaci

Kata-kata papa sungguh membaiki diri ana sekarang. Allah tidak membiarkan satu masalah tanpa penyelesaian, tp Allah menjadikan masalahnya dengan penyelesaian, namun manusia sering kali lupa dan alpa. Dan analah tergolong dalam golongan manusia tersebut. Ya Allah, cekalkan hati mama ana sekarang ya Allah, yang sedang menanggung derita dan kesedihan melampau, mama ana tidak bersalah, ana yang sepatutnya bersalah dalam hal ini.

Kegagalan sekali bukan bermaksud kegagalan selama-lamanya,
Kegagalan ialah punca kejayaan di masa akan datang

Ya Allah, kenapa selama ini ana tidak pernah terdetik bahawa guru yang terbaik ialah papa, kenapa ana selalu merungut masalah kepada rakan-rakan, sahabat namun langsung tidak pernah ana ingin utarakan masalah ana kepada papa ana. Papa, ana sangat bersyukur pa, dengan bimbingan dan dorongan papa serta sokongan papa dan mama, ana akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi manusia yang berjaya di akhirat dan di dunia. Moga-moga Allah perkenankan doa anak papa dan mama ini, inshaAllah.

Ana berharap, pengalaman ana dapat menjadi iktibar kepada para pembaca. Kegagalan adalah kunci kejayaan. Setiap kali antum mempunyai masalah, isthikaralah, bincang dengan ibu bapa, di samping itu, minta pendapat mereka kerana merekalah lebih mengetahui diri kita. Kemudian, dapatkan bantuan dari segi nasihat dan pedoman dari sahabat yang dipercayai. Moga Allah pertemukan antum dengan jalan yang diredhai olehNya, inshaAllah.
Blogger Templates

[10] Prinsip Hidupku

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Thursday, March 4, 2010
Share

Allah ialah tuhanku,
Rasulullah ialah idolaku,
Islam adalah jalanku.

Itulah prinsip diri ana, inshaAllah, dgn izin Allah SWT, hingga akhir hayat ana.
Berdoalah supaya diri antum sentiasa di jalan yang diredhai oleh Allah.

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya."
(19, Al-i-Imran)

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."
(85, Al-i-Imran)

"Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim."
(86, Al-i-Imran)

Blogger Templates

Treasure Your Wife

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Tuesday, February 9, 2010
Share


Whatever u give a woman, she will make it greater.
Give her sperm, she will give u a baby.
Give her a house, she will give u a home.
Give her groceries, she will give u a meal.
Give her a smile n she will give u her heart. She multiplies and enlarges what she is given.
So if u give her crap, be ready to receive a ton of shit...