subscribe to RSS

[22] Selepas berehat agak lama

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Saturday, October 9, 2010
Share

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hampir setahun ana tinggalkan dunia blog, dunia untuk berkongsi, kerana ana rasa ana memerlukan masa juga untuk tarbiyah diri ana.

Alhamdulillah sekarang ana dah selamat sampai di bumi anbiya' Mesir yang amat ana kagumi. Berbagai sejarah kalau dikorek satu per satu, dapat membuka rasa cinta kita kepada para anbiya' serta faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu bangsa tersebut kubur ditelan zaman oleh Allah azzawajalla.

Ana mengaku ana masih rindukan kehidupan di Moscow, dimana ana belajar cara-cara yang agak berlainan dari cara dakwah yang ana belajar semasa di Sri Petaling. Merantau mengajar ana untuk membuka luas minda ana, dengan melihat keindahan ciptaanNya dan puak-puak yang dicipta olehNya, ana sedari ana harus lebih mengenali seseorang daripada lebih dikenali oleh ramai orang.

Kehidupan kita di dunia ini bagaikan pentas yng dicipta oleh Allah, maka bila-bila sahaja kita akan dimatikan. Sebelum kita dimatikan, fikirlah apakah sumbangan kita di pentas tersebut.

Kehidupan ini tidak dapat dipisahkan dengan persatuan. Ana sudah mula giat dalam persatuan sejak sekolah rendah, namun tidak nampak kepentingannya. Ana mula mengenal kepentingan dalam persatuan semasa ana berada di Moscow. KPMM mengajar ana berbagai ilmu-ilmu yang tidak dapat dibanding dengan mana-mana nilainya. Ana akan terangkan lagi kehidupan dalam persatuan di lain hari, InshaAllah.

Ana bersyukur hari ini ana masih lagi bernafas, dengan itu ana akan teruskan mentarbiyah diri ana disamping itu ana akan cuba sampaikan ilmu-ilmu yang ana pelajari selama setahun ana tidak berblog, hehehe.

Salam ukhwah semua.

Blogger Templates