[21] Memerangi Nafsu dan Syaitan

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Friday, May 28, 2010 | 0 comments

Assalamualaikum, ana ingin memohon maaf kerana masa ana amat terhad dengan menemani ibunda ana di rumah dan malam-malam ana pula diisi dengan pengisian diri oleh para-para tabligh di Taman Lagenda Emas. Semoga ilmu-ilmu ini dapat kita kongsikan bersama.

Hari ini, ana ingin berkongsi salah satu topik yang ana belajar dari Ustaz Hidayat, seorang ustaz daripada Indonesia, sangat sedap bacaan al-Quran, mahraj dan qiraat nya cukup sempurna. Ana baru sedari bacaan ana disama tarafkan dengan budak-budak kecil di Indonesia, kata Ustaz Hidayat kepadaku, hehehe ;)

Topik hari ini adalah "Memerangi nafsu dan Syaitan"

Sudah semestinya orang yang berakal memerangi keinginan nafsu dengan berlapar. Hanya lapar dapat menundukkan musuh-musuh Allah.

Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!"

Sesungguhnya manusia paling dekat dengan Allah kelak pada hari Kiamat adalah orang yang paling kuat menahan lapar dan hausnya. Dan bahaya yang paling besar bagi manusia adalah syahwat perut. Sebab itulah Adam dan Hawa dikeluarkan dari Darul Baqa ke Darul Fana. Allah telah melarang keduanya memakan (buah) pohon. Namun mereka tidak tahan membendung keinginannya sehingga memakannya. Dan pada dasarnya perutlah sebagai sumber syahwat.

Sesunguhnya Allah menciptakan makhluk ada tiga bahagian. Malaikat, Manusia dan haiwan. Malaikat hanya diberikan akal, Manusia diberikan akal dan syahwat manakala haiwan pula hanya diberikan syahwat. Jika seseorang telah mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik daripada dia. Namun barangsiapa menggunakan akal untuk menundukkan syahwatnya, tentulah dia lebih baik daripada Malaikat.

Diceritakan bahawa Abu Hasan Ar Razi bermimpi bertemu dengan ayahnya dua tahun setelah meninggal. Ayahnya mengenakan pakaian daripada aspal. Kemudian Abu Hasan bertanya, 'Wahai ayahku, betapa aku melihat engkau seperti ahli Neraka.' Lalu dia menjawab, ' Wahai anakku, nafsuku telah menyeret aku ke Neraka. Maka takutlah engkau wahai anakku, terhadap tipuan nafsumu.'

Sungguh aku diuji empat perkara,
Selalu menjeratku dalam binasa,
Iblis, dunia, nafsu dan syahwat,
Bagaimana selamat, sedangkan mereka musuh semuanya,
Kulihat syahwat dan keinginanku.

Hatim al-Ashom berkata, "Nafsu tempat peristirehatanku, ilmu adalah pedangku dan dosa adalah kegagalanku sedangkan syaitan itu musuhku. Aku dikhianati oleh nafsuku.

Rasulullah SAW bersabda, : "Jihad yang paling utama adalah memerangi nafsu"

Semoga diri kita semua akan sentiasa melindungi diri kita daripada nafsu dan syaitan. Berdoalah selalu kepada Allah azzawajalla agar Dia memberikan perlindungan kepada kita. InshaAllah.


Blogger Templates