[20] Moscow - Malaysia - Saudi Arabia
Lama dah tidak berblog, ana cuba mencari masa kekosongan, namun hari-hari ana dihabiskan dengan pengenalan diri kepada cara hidup islam secara menyeluruh, inshaAllah. Doakan ana. Diri ana ini hanyalah bernama hamba Allah.
Perjalanan hidup ana masih jauh lagi, selepas mengalami kehidupan yang agak sukar di Moscow, ujian Allah untuk menguji diri ini amatlah berat, namun ana bersyukur kerana ini membuktikan Allah masih sayang lagi kepada diri ini agar kembali semula ke jalan yang satu, sirathol mustakin (Jalan yg lurus).
Lepas je balik dari Moscow, ana terukan kehidupan dengan bercerita dan bertukar pandangan dengan ibu bapa ana tentang masa depan ana. Kemudian, ana dihantar ke Jeddah, Madinah dan Mekah untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah, ana bersyukur ana tergolong dalam umat Rasulullah saw yang mampu mengerjakan umrah (dengan bantuan kewangan dari ibu bapa ana, :D ).
Berada di sana sepatutnya 11 hari, namun berjaya ditambah 8 hari lagi dengan bantuan seorang akhi saya dari Banten, Indonesia. Banyak perkara yang hendak diceritakan, mungkin ana akan tuliskan di kemudian hari. Ana masih letih, dan banyak benda yang ana hadapi lagi sekarang. Ana meminta doa-doa dari saudara/i agar diri ana ini La Tahzan (tidak bersedih) dan teruskan kehidupan dengan pendirian yang kukuh dan tegas. Semoga Allah menjaga hati yang telah Dia kurniakan pengajaran dan peringatan ini. Salam ukhwah.