[23] Perjuangan sebagai insan yang bernama islam
Setiap orang islam yang mengaku diri beragama islam walau daripada apa juga jenis bangsa dan keturunan wajiblah memelihara agama islam yang ada pada diri, supaya tidak terjebak ke dalam ilmu dan amal yang menyebabkan diri itu berada di dalam perkara-perkara yang membawa kepada syirik uluhiyah dan mengambil thogut sebagai pemimpin dalam hidup dan kehidupan.
Kita hidup dalam jangka masa tertentu yang paling singkat di dunia ini tambahan pula dunia sudah pun sampai ke penghujungnya, bila-bila masa sahaja tiupan sangkakala akan berlaku. Hidup di akhirat yang kekal abadi sedang menanti.
Orang yang paling bahagia ialah mereka mati di dalam husnul khatimah tidak menerima seksa kubur, seksa di padang mahsyar, seksa neraka dan masuk syurga Allah S.W.T dengan tiada hisab.