[7] Maulidur Rasul and your faith

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Thursday, February 25, 2010 | 0 comments

________________


Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi. Malam ni, lepas baca beberapa artikel, ya Allah, terlupe plak bahawa esok adalah 12 Rabiulawal, kelahiran Rasulullah iaitu Maulidur Rasul. Terfikir gak adakah sambutan Maulidur Rasul nie salah satu bidaah? Betul, Rasulullah tak pernah menyambut kelahirannya dan ini adalah salah satu bidaah, namun segelintir menyatakan ini adalah bidaah hasanah (bidaah yang baik), tidak apa untuk melakukannya, untuk kebaikan. Tapi walaupun hasanah, benda tu tetap bidaah kan? Soalan itulah yang bermain di fikiran ana skrg, tetapi kembali semula dengan "faith" yang ana pernah nyatakan sebelum ini. Apekah keyakinan anda? (Bagi ana, menyambut kelahiran Rasulullah tidaklah diharamkan/syirik bak digambarkan oleh wahabi-wahabi.)

P/s : Ana ingin menarik balik kata-kata ana tentang wahabi kerana di waktu itu ana kurang pengetahuan tentang wahabi (12 March 2010).

Tahukah anda Rasulullah wafat pada 12 Rabiulawal? Maka renungkanlah, sedangkan Rasulullah sendiri tidak menyambut hari kelahirannya, Baginda hanya berpuasa pada hari kelahirannya.



Dan ana ingin menyatakan menyambut kelahiran Rasulullah (Maulidur Rasul) bukan suatu ibadah yang khusus, bukan semata-mata tetapi tujuan kita mengadakannya tidaklah dapat dinafikan mempunyai pengertian yang besar dan penting, kerana dalam upacara memperingati Maulidur Rasul ini kita dapat mengimbas kembali sejarah hidup dan perjuangan Rasulullah s.a.w yang penuh dengan contoh dan teladan sebagaimana yang digambarkan oleh al-Quran dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat kelak serta sering menyebut dan mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya."

Sekali lagi ana ingin menyatakan, menyambut Maulidur Rasul bukan semata-mata mengangkat banner, berarak beramai-ramai, tup tup tup, terlupe plak nak sembahyang zohor. Habis jer berarak, sesampai kat rumah, terus terlelap sebab keletihan. Miss plak solat Asar. Adakah itu pengertian Maulidur Rasul? Tidak, ape salahnya di hari kelahiran Rasulullah, kita memperbanyakkan bacaan al-Quran dan selawat, bacakan kisah-kisah dan sirah Rasulullah. Bukankah itu lebih baik?



Tidak perlu dipersoalkan soal bidaah ke tak menyambut Maulidur Rasul, namun mengenal Rasulullah dengan lebih dekat adalah salah satu jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Cuma, jangan hanya menganggap pada 12 Rabiulawal adalah hari untuk bermain kompang, berarak sambil bercampur laki-laki dan perempuan.

Disini, ana ingin berkongsi artikel yang ana dapat dari satu blog yg ana baca, mudah-mudahan dapat dijadikan pedoman.

________________________________




Seperti yang kita semua ketahui, Rasulullah SAW dilahirkan sebelum subuh hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah. Setiap perkara atau peristiwa yang dijadikan Allah SWT itu pasti ada hikmahnya. Rasulullah SAW telah terlalu banyak berkorban dan berjuang dalam menegakkan agama Islam yang kita anuti sekarang. Oleh itu, kita harus banyak bersyukur dengan hasil perjuangn Baginda SAW, kerana sehingga hari ini kita masih mampu hidup dalam keadaan aman dan makmur.

PERTAMA : Rasulullah SAW dilahirkan pada hari ISNIN. Makna Isnin ni bukan hanya kebetulan. Allah SWT tidak akan menjadikan sesuatu itu sesuka hati, bahkan sebesar habuk pun mesti ada yang tersirat. Pada masa Nabi Muhammad SAW dilahirkan, DUA sahaja yang betul-betul kenal akan Tuhan, iaitu Tuhan dan Nabi Muhammad SAW. Allah SWT kenal diri sendiri, selain itu, hanya Rasulullah SAW sahaja yang kenal akan Tuhannya, sebab itulah Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin. Oleh sebab itu, sesiapa yang ingin memeluk agama Islam, DUA ini wajib disebut, kalau tidak, maka tak sahlah Islamnya. Ini simboliknya, ini isyarat daripada Allah SWT.

KEDUA : Rasulullah s.a.w dilahirkan pada Rabiul Awal. Maksud rabi ialah awal musim bunga. Ini perkataan tersirat. Robi itu bunga, akhlak yang agung itu umpama bunga.

KETIGA : Mengapa 12 Rabiulawal? Angka 12 ini kalau rujuk kepada malam, pukul 12 malam ini ialah kemuncak kegelapan. Maksudnya, waktu Rasulullah SAW dilahirkan, dunia 'gelap' dengan kezaliman dan kesusahan, dengan kerosakan dengan maksiat. Segala perkara negatif berada di tahap puncak

KEEMPAT : kalau pukul 12 itu dirujuk kepada siang, itupun simbolik juga. Kedatangan Rasulullah SAW membawa cahaya, ertinya membawa rahmat daripada Allah SWT untuk segala alam, bukan sahaja manusia, tetapi juga termasuk binatang, kayu kayan dan alam seluruhnya. Oleh sebab itu, ajaran Rasulullah SAW menyeru manusia agar tidak menyiksa atau mencacatkan bukan sahaja terhadap binatang, bahkan juga terhadap benda-benda yang tak bernyawa. Sebagai contoh, kayu-kayan kalau kita tetak, kita potong, kita akan ditanya oleh Allah SWT kemudian nanti. Seketul batu yang kita ambil akan ditanya oleh Allah SWT tujuan kita mengambil batu tersebut. Itulah yang dikatakan bahawa Rasulullah SAW membawa cahaya sehingga benda-benda yang tidak bernyawa juga mendapat pembelaan dan manusia tidak boleh berbuat sesuka hati.

KELIMA : Seterusnya, kalimah 12 kalau dirujuk pada bulan, kemuncak bulan. Lepas bulan 12, akan jadi bulan 1...menurun balik. Jadi, simboliknya di sini ialah, Allah SWT lahirkan Rasulullah SAW sebagai kemuncak Rasul. Kalau Rasul-rasul terdahulu, mereka datang hanya untuk satu kelompok dan satu zaman, namun kedatangan Rasulullah untuk semua etnik di bawahnya.

KEENAM : Kalau 12 merujuk kepada bintang, ada bintang 12... bintang 12 ini merupakan bintang paling cerah berbanding bintang yang beribu banyaknya. Ertinya, kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, membawa petunjuk yang lengkap, membawa rahmat yang lengkap dari dunia sampai ke akhirat. Ajaran Baginda paling sempurna dibandingkan ajaran-ajaran rasul sebelumnya.

KETUJUH : Kemudian, Rasulullah SAW dilahirkan pada TAHUN GAJAH. Allah menjadikan peristiwa GAJAH ini sebagai satu tarikan atau untuk perhatian. Di sebalik GAJAh itu ada cerita yang orang tidak faham....

Sebelum Rasulullah SAW lahir, datang tentera bergajah dari Yaman yang diketuai oleh Abrahah. Tujuannya adalah untuk meruntuhkan Kaabah, kerana mereka sakit hati umat manusia berkiblat ke Kaabah. Abrahah membawa tentera bergajah. Orang Arab jarang-jarang melihat gajah, maka peristiwa ini menjadikan masyarakat Arab gempar.

Banyak orang tidak perasan bahawa Allah ingin tunjukkan sesuatu... niat Abrahah ingin runtuhkan Kaabah, di samping itu segala kambing di Mekah akan dirampas, termasuk kambing Abu Talib dan Abd Mutalib. Apabila kambingnya diambil, maka keluarlah Abd Mutalib berjumpa dengan Abrahah, meminta agar dikembalikan semua kambingnya itu kerana menurut Abd Mutalib, itu merupakan hartanya. Abd Mutalib menyatakan lagi bahawa Kaabah itu bukan miliknya, tetapi kepunyaan Allah SWT.

Daripada kata-kata Abd. Mutalib itu, terbukalah rahsia, iaitu keluarga Rasulullah masih berpegang kuat dengan agama Nabi Ibrahim. Jadi, di sebalik cerita gajah ini, Allah SWT ingin beritahu dunia betapa bersihnya keturunan Rasulullah SAW, datuk nenek Rasulullah SAW, mereka beragama dengan agama Nabi Ibrahim.

Itulah antara simbolik yang terjadi pada kelahiran Rasulullah SAW di sebalik 12 Rabiulawal, sebelum subuh tahun Gajah.

________________________________

Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu
Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di da
lamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perni
agaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
• Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' H
ajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam ' ah
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khatt
ab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak
kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN RASULULLAH SAW

1. Thuwaibah
2. Halimah Al-Saidiyyah

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith

2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


________________________________

Semoga artikel ana dapat mengenalkan Rasulullah junjungan kita dengan lebih dekat lagi. InshaAllah lebih ramai yang akan sedar bahawa melakukan ibadah dan memperbanyakan selawat lebih baik daripada mempersoalkan sambutan Maulidur Rasul adalah biadaah ke tak. Selamat menyambut Maulidur Rasul dari ana dan ana ingin berkongsi kisah-kisah Rasulullah dan jadikannya sebagai teladan.

Blogger Templates


*1431H/2010