[8] Tegur-menegur

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Saturday, February 27, 2010 | 0 comments

________________


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ana ingin menceritakan tentang amalan tegur-menegur yang amat ditekankan dlm islam, namun sekarang semakin diabaikan dalam masyarakat sekeliling kta. Amalan tegur menegur merupakan asas di dalam konsep amal makruf nahi mungkar. Untuk menjadikan amalan ini sebagai satu budaya bukanlah sesuatu yang susah namun juga bukanlah sesuatu yang mudah. Kekadang ana terfikir gak, mse nak menegur sahabat ana, layakkah ana? Sebagai contoh, menegur untuk sembahyang. Ana mengaku sembahyang ana masih tidak sempurna, gara-gara ingin menanti solat Subuh namun terlelap sehingga habis solat Zohor. Layakkah ana untuk menegur sahabat ana sedangkan sembahyang ana pun tak terjaga?


Ana pernah tekankan kepada sahabat handai ana, perlunya tegur-menegur untuk memastikan kita tidak terpesong dari jalan yang Allah sediakan, namun budaya tersebut tidaklah bertahan lama (dalam 2 minggu hingga sebulan mungkin). Kadang-kadang ana rasa diri ana terlalu lemah dalam menjalani ujian Allah.

"Perbaikilah diri kamu sebelum menasihati org lain" - pernah ke tak antum dengar nasihat yang sedemikian rupa? Ana tidak mengatakan nasihat itu salah sepenuhnya, namun jika ianya disalah tafsirkan, maka semakin beratlah masyarakat untuk melakukan budaya tegur-menegur. Tegurlah antum kawan-kawan antum, disamping itu, teguran yang antum berikan itu boleh dijadikan teguran untuk diri antum sendiri. Sebagai contohnya, semasa ana menegur sahabat ana untuk mengerjakan solat, terdetik dalam hati ana untuk mendirikan solat, lebih baik lagi ajaklah berjemaah sekali. Lihatlah kesan tegur-menegur, daripada diri ana yang lalai dan leka dalam solat, namun kerana budaya tegur-menegur, ana mendirikan solat malah berjemaah. Itulah kesan budaya tegur-menegur yang sepatutnya diamalkan dalam masyarakat untuk menjadikan masyarakat yang bertamadun dan berjaya.

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman"

Al-Quran (51:55)

________________________________



Cara menegur

Walau bagaimanapun, teguran yang dibuat mestilah dengan cara yang betul dan berhikmah supaya ia dapat memberi kesan positif kepada penerima. Terlebih dahulu, kita hendaklah berilmu dan yakin dengan apa yang ditegur kerana kita tidak mahu dikatakan hanya bercakap kosong. Teguran yang dilakukan juga perlulah dalam keadaan dan masa yang sesuai supaya ia dapat menjaga keaiban orang lain, di samping mengelakkan perasaan riak di dalam diri kita.

Sebaik-baiknya tegurlah secara peribadi dan dalam keadaan yang tenang dan sabar. Jangan sesekali membuat teguran di khalayak ramai secara terbuka kerana ia hanya akan menimbulkan perasaan malu dan aib. Tegurlah dengan kata-kata yang sopan dan lembut. Kata-kata herdikan dan marah tidak semestinya dapat membetulkan kesalahan orang lain, tetapi hanya akan menimbulkan perasaan benci dan permusuhan. Ingatlah bahawa hanya kata-kata nasihat yang lembut mampu mencairkan hati yang keras, umpama air yang menitik dapat melekukkan batu yang keras.

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim).

Hadis di atas ini, menunjukkan cara seseorang mengubah kemungkaran yang berlaku di sekelilingnya. Bagi yang berkemampuan atau mempunyai kuasa, maka ubahlah kemungkaran yang berlaku dengan kuasanya atau tangannya (perbuatannya). Bagi yang tidak berkemampuan maka ubahlah dengan lidahnya (teguran). Dakwah dengan menggunakan teguran selalunya bermasalah, ada yang tegur dengan cara menengking, menghina dan mencaci orang, ada orang yang menegur dengan cara baik, tetapi dibalasnya dengan cara yang tidak baik dan banyak lagi. Firman Allah yang bermaksud :

“Serulah kepada agama Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara sebaik-baiknya, sesungguhnya Tuhammu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Al-Nahl : 127).

Haruslah juga diingat bahawa di samping keperluan kita menegur orang lain, kita juga mestilah bersedia untuk menerima teguran. Dengarlah teguran yang diberi dengan tekun dan ambillah peluang untuk kita muhasabah diri. Sesungguhnya dengan adanya budaya tegur menegur ini kita semua dapat menjadi seorang muslim yang kamil dan lebih cemerlang.

Blogger Templates