[11] Sayangi ibu bapa
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semalam, ana telefon papa ana untuk mendengar rintihan hati seorang mama ana semasa mendengar ana gagal dalam bidang perubatan. Ana terkesima mendengar kata-kata papa, betapa teruknya ana kerana langsung tidak memahami hati seorang mama yang terlalu sayangkan anaknya. Ana menangis, berdoa agar kuatkan hati mama ana supaya tidak malu dan segan dengan kawan-kawannya yang mengetahui anaknya gagal.
Ya Allah, ampuni dosa ana sepanjang menyakiti hati mama ana. Alhamdulillah, kata-kata dari papa ana sungguh bermakna untuk ana yang sekarang sedang ragu-ragu, malah patah hati untuk mengambil mana-mana bidang, namun berbekalkan dgn kata-katanya, ana yakin ana akan berserah kepada Allah SWT dalam apa jua masalah ana, biar Allah tentukan terbaik bagi diri ana, keluarga ana dan umat islam di seluruh muka bumi ini.
Pujian itu racun, Cacian itu penawar
Takutilah semsa dipuji, Bergembiralah membaiki diri semasa dicaci
Kata-kata papa sungguh membaiki diri ana sekarang. Allah tidak membiarkan satu masalah tanpa penyelesaian, tp Allah menjadikan masalahnya dengan penyelesaian, namun manusia sering kali lupa dan alpa. Dan analah tergolong dalam golongan manusia tersebut. Ya Allah, cekalkan hati mama ana sekarang ya Allah, yang sedang menanggung derita dan kesedihan melampau, mama ana tidak bersalah, ana yang sepatutnya bersalah dalam hal ini.
Kegagalan sekali bukan bermaksud kegagalan selama-lamanya,
Kegagalan ialah punca kejayaan di masa akan datang
Ya Allah, kenapa selama ini ana tidak pernah terdetik bahawa guru yang terbaik ialah papa, kenapa ana selalu merungut masalah kepada rakan-rakan, sahabat namun langsung tidak pernah ana ingin utarakan masalah ana kepada papa ana. Papa, ana sangat bersyukur pa, dengan bimbingan dan dorongan papa serta sokongan papa dan mama, ana akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi manusia yang berjaya di akhirat dan di dunia. Moga-moga Allah perkenankan doa anak papa dan mama ini, inshaAllah.
Ana berharap, pengalaman ana dapat menjadi iktibar kepada para pembaca. Kegagalan adalah kunci kejayaan. Setiap kali antum mempunyai masalah, isthikaralah, bincang dengan ibu bapa, di samping itu, minta pendapat mereka kerana merekalah lebih mengetahui diri kita. Kemudian, dapatkan bantuan dari segi nasihat dan pedoman dari sahabat yang dipercayai. Moga Allah pertemukan antum dengan jalan yang diredhai olehNya, inshaAllah.