[17] Pertemuan, perkenalan dan perpisahan
Pertemuan, perkenalan dan perpisahan ialah salah satu lumrah hidup yang selalu kita lalui. Dengan keluarga, kekasih hati, sahabat, kawan-kawan dan mungkin juga dengan binatang perliharaan. Tetapi di sini, aku nak terangkan dibahagian sahabat dan kawan-kawan, kerana kemungkinan besar selepas ini, aku akan berpisah dengan sahabat dan kawan-kawan yang telah aku kenali selama 4 tahun di bandar Moscow ini.
Dulu, perpisahan adalah perkara yang tidak pernah aku risaukan, mungkin disebabkan tadika di Miri, sekolah rendah di Miri, sekolah menengah pun di Miri.. Tempat pertemuan, perkenalan dan perpisahan, semuanya di tempat kelahiran dan dimana aku dibesarkan. Siapa nak sedih selepas habis sekolah rendah/sekolah menengah?? Lepas ni, boleh jumpa lagi, rumah kawan2 pun kawasan Miri jer..
Habis jer SPM, aku dihantar ke Dengkil untuk Program PLKN dimana aku mula mengenal erti sebenar perpisahan. Banyak benda manis dan pahit untuk dikongsi, tetapi biarlah ia di ingatanku dan terus ditanam sebagai kenangan. Bebanyak kawan-kawan yang aku kenali, hanya Yusuf jer yang aku ingat, sebab dialah yang selalu berdamping dengan diri ini selama 3 bulan program tersebut, masalah-masalah dikongsi bersama. Tamat jer 3 bulan, diwaktu itu, terasa sebak dan sakit di dada, perasaan nya sama seperti diri ini ditinggal dengan kekasih hati dahulu, hati tetap tabah, namun tewas lalu menitiskan air mata secara tidak sengaja setelah mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan dan sahabat yang berkongsi cerita ditiap malam dan berkongsi denda sekiranya ditangkap bersalah oleh warden. Kenangan tersebut selalu di ingatan.
Selepas program PLKN, sampainya aku di bumi Miri dengan perasaan ingin berkenalan. Diri yang dahulu sudah berubah, sekarang diri ini tidak ingin memusuhi sesiapa, tetapi ingin berkenalan yang teramat sangat. Bulan 8 adalah bulan perpisahaan antara aku dengan keluargaku, kekasih hatiku dan kawan-kawanku di Miri, tetapi mulanya detik pertemuan dan perkenalan antara aku dengan kawan-kawan dan sahabat di bumi Moscow ini. Lagi-lagi dekat PLKN yang hanya 3 bulan itu pun byk benda yang berkongsi bersama, apatah lagi di Moscow ini yang telah aku diami selama 4 tahun? Terlampau banyak sehinggakan dari masalah percintaan, keluarga dan kewangan dikongsi dan hadapi bersama. Ada masa merungut ada masa membantu. Lumrah alam ini bagaikan putaran roda, sewaktu kita di atas, kita menolong org di bawah, maka sebaliknya sekiranya kita dibawah.
Siapa yang sangka dalam 4 tahun ini, Allah telah menentukan bahawa hidupku disini telah tamat tempoh nya, dan perlunya aku menyambungkan pelajaran di tempat lain? Ya Allah, ujian perpisahan ini amat perit bagiku ya Allah. Berikan lah aku semangat dan kekuatan untuk menjalani ujianMu ya Allah.
Tatapkanlah video yang tidak seberapa DI SINI. Moga dengan perpisahan ini lebih mengikatkan ikatan ukhwah kami, inshaAllah.