Masalah berkaitan dgn solat

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Wednesday, March 3, 2010 | 0 comments

Apakah ibarat yang boleh disamakan dengan dosa orang yang meninggalkan solat fardhu beserta dengan rujukan (al-Quran/hadis). Adakah ibarat dosa itu berbeza-beza bagi setiap fardhu?

Sebenarnya tidak didapati keterangan yang sahih dalam hadis-hadis yang sahih berhubung ibarat-ibarat orang yang meninggalkan solat sebagaimana yang sering disebut oleh sesetengah kalangan orang. Umpamanya mereka mengatakan orang yang meninggalkan satu kali solat subuh maka dosanya seperti berzina dengan ibu sendiri.
Perkara ini tidak didapati penjelasannya di dalam hadis yang sahih. Yang disebutkan di dalam hadis-hadis yang sahih ialah antaranya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, menjadi kafir dan orang yang sentiasa menjaga solatnya, maka ia akan beroleh nur, hujjah dan keselamatan pada hari Kiamat, sebaliknya bagi yang tidak menjaga solat, ia tidak memperolehi nur, hujjah dan keselamatan pada hari Kiamat, malah ia akan dikumpulkan bersama dengan Qarun, Hamman, Firaun dan Ubai bin Khalaf.



Apakah hukum seseorang muslim itu mendirikan solat wajib kerana dipaksa?

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". (HR. Ahmad dan Abu Dawud) Dari hadis di atas dapat kita mengambil pelajaran bahawa solat itu merupakan tiang agama yang wajib dikerjakan bagi kaum muslim. Jika anak berusia 10 tahun tidak mahu mengerjakan solat di suruh pukul sudah tentu bagi yang sudah baligh berat lagi hukumannya. Jadi tidak ada istilah dipaksa dan terpaksa dalam mengerjakan solat bagi yang sudah baligh, tetapi wajib mengerjakannya bagi setiap kaum muslimin. Dalam sebuah hadis ada disebutkan, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat". (Riwayat Muslim)



Sekiranya seseorang bersumpah dengan nama Allah yang dia akan solat namun dia tak laksana sumpahnya atau tak mengerjakannya?

Sungguh besar dosa bagi orang yang meninggalkan solat, kerana solat merupakan tiang agama. Betapapun banyak perbuatan baik yang lain kita kerjakan namun tidak melaksanakan solat maka sia-sialah amalan baik tersebut. Bersumpah atau berjanji untuk mengerjakan solat kemudian memungkiri janjinya kepada Allah disamping ia memikul dosa meninggalkan solat ia juga memikul dosa permainan janji-janjinya itu.

Seseorang itu dari kecil hingga dia berkahwin tak pernah mengerjakan solat. Adakah dia patut mengqada' solatnya atau sebaliknya?
Oleh sebab itu hanya dengan bertaubat kepada Allah serta memulai hidup baru dengan sentiasa mengerjakan solat dan jangan meninggalkannya walau dalam keadaan bagaiamana sekalipun. Qada lah solat-solat yang sengaja telah ditinggalkan semampu kita agar kita tergolong insan yang bersyukur dan diselamatkan Allah di kemudian hari. Insya Allah.



Blogger Templates