Solat Part 2
Dalam buku Wahyul Qalam, Ar-Rafi’ mengatakan, “Dengan melarikan diri dan memfokuskan niat ke arah solat, seorang muslim akan merasakan dirinya seakan melintasi batas – batas kebumian – baik masa mahupun ruang – untuk kemudiannya keluar menuju alam rohani di mana tiada yang difikirkan selain Allah azzawajalla.
Inilah saat – saat istimewa setiap hari dalam kehidupan di mana dia lepas dari urusan – urusan dunia, tatkala dia menghimpun segala syahwat dan keinginan, lalu mengekangnya dari masa ke masa dengan gerakan – gerakan solat.
Dia juga mengoyak kefanaan jiwa sebanyak lima kali sehari, sehingga dia dapat melihat hakikat keabadian. Jiwanya pun terasa tumbuh dan mengembang. Itulah solat yang lima, solat yang juga merupakan saat di mana hati terbebas dari isi – isi dunia. Tiada yang lebih indah dan lebih tepat dari sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
“Pusat kebahagianku dijadikan terletak dalam solat.” (HR Muslim)
Beginilah pandangan dan kepekaan seorang muslim mengenai solat. Apakah anda juga memiliki kepekaan sedemikian?
Betapa peri pentingnya solat telah jelas bagi anda. Meskipun begitu, anda belum juga merasakan makna – makna yang mendalam ini, dan anda pun tetap menganggap solat sebagai sesuatu yang berat. Anda memang layak mengalami hal tersebut, dan alasan anda sememangnya boleh diterima. Allah berfiman (bermaksud),
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang – orang yang khusyu’.” (Al – Baqarah:45)
Ya, anda belum melaksanakan solat secara khusyu’, sehingga solat pun teasa berat, sulit dan menjadi beban.
Oleh itu, khusyu’ menjadi tema utama dalam permasalahan solat. Tanpa khusyu’, anda akan merasakan solat sebagai beban berat yang tidak berpengaruh, dan hanya merupakan gerakan – gerakan mekanik sahaja.
Marilah saudaraku yang tercinta! Siapkan hati dan jiwamu dengan sungguh – sungguh, sebab tema ini teramat penting!
Engkau Belum Mengenal Tuhanmu!
Nilai dan jiwa sesebuah solat terletak dalam kekhusyu’kan. Tetapi tahukah anda, apakah erti solat itu yang sebenarnya? Solat adalah mengadap Allah azzawajalla. Sebaik saja anda mengatakan “Allahu Akhbar”, Allah akan menyambut dan memperhatikan anda. Pernahkah anda memikirkan hal itu sebelum ini? Pernahkah anda melaksanakan solat dengan penuh perasaan dan kepekaan ini?
Saudaraku, nilai solat terletak pada peranannya sebagai cara utama untuk mengenal Allah azzawajalla. Solat diwajibkan agar kita mengenal Sang Pencipta. Tanpa solat, kita tidak akan mengenal Allah secara benar. Maka, jika anda ingin mengenal Allah, laksanakanlah solat, dan berusahalah untuk melaksanakannya sekhuyu’ mungkin, sebab inilah faktor utama dalam perkara ini.
Nilai solat terletak pada peranannya sebagai pintu masuk untuk mengenal tuhan. Kerananya, engkau belum mengenal tuhanmu, wahai orang yang meninggalkan solat!
Meninggalkan solat, tidak begitu saya risaukan, kerana saya yakin anda termasuk yang melaksanakan solat. Akan tetapi perlu diketahui, sekadar melaksanakan solat tidaklah cukup. Tanpa rasa khusyu’, anda tidak akan berhasil mengenal tuhan. Padahal tahukah anda, mengenal tuhan adalah matlamat dan tujuan kehidupan?!
Mengapa kita diciptakan?
Ramai orang yang tidak mampu menjawab pertanyaan ini. Padahal, bagi seorang muslim, jawapannya begitu mudah. Jawapannya ada bersama firman Allah azzawajalla (bermaksud);
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz- Dzariyat: 56)
Inilah kenyataan yang diketahui oleh setiap muslim yang betul – betul memahami hakikat keberadaannya di dunia. Allah azzawajalla tidak menciptakan kita hanya untuk makan, minum, menikah, dan meninggal semata- mata. Namun, Dia menciptakan kita agar kita mengenal dan beribadah kepada-Nya. Kehidupan dunia tidak bererti tanpa perlaksanaan tujuan utama ini. Sungguh kasihan orang yang menyangka kehidupan dunia adalah semata – mata mainan, kesenangan, dan hanya untuk kepuasan syahwat!
Gerbang pertama kita supaya boleh memasuki ruang kekhusyu’kan dalam solat adalah memahami dengan benar, ‘mengapa kita diciptakan’.
Hakikat Dunia
Nabi s.a.w. pernah bersabda;
(bermaksud)
“Sesungguhnya perumpamaan dunia dan diriku adalah seperti seorang yang beristirehat sejenak dibawah sepohon pokok pada siang yang amat panas, kemudian ia pergi dan meninggalkannya.” (HR Ahmad)
Beliau juga bersabda;
(bermaksud)
“Dunia itu terlaknat, dan terlaknat pula segala yang ada di dalamnya, kecuali dzikrullah (menyebut dan mengingati Allah) serta hal – hal yang mendukungnya, seorang alim (tahu dan berilmu), atau seorang yang belajar (menuntut ilmu).” (HR Ibnu Majah dan At – Tarmizi)
Juga bersadba,
(bermaksud)
“Apakah erti dunia bagiku? Apakah ertinya dunia dan hartaku?” (HR Ad –Darimi)
Beliau juga bersabda,
(bermaksud)
“Setiap manusia berangkat dipagi hari untukmenjual dirinya. Maka terserah ia hendak membebaskan ataukah menahannya.” (HR Muslim, At – Tarmizi, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad)
Bahkan beliau pun bersabda juga,
(bermaksud)
“Kalaulah dunia di sisi Allah senilai dengan sayap nyamuk, pastilah Dia tidak akan pernah memberi minum seorang kafir walau setitis pun.” (HR Ibnu Majah)
Subhanllah! Beginikah hakikat dunia yang ada dalam hati kita? Ingat – ingatlah, saudaraku, kita di dunia ini semata menyembah Tuhan kita.
Dalam menggambarkan dunia, seorang ulama’ soleh mengatakan, “Dunia itu ibarat sepatu.” Orang ramai pun kehairanan, tapi sang ulama ini tetap berkeras dan mengatakan, “Ya, dunia layaknya sepasang sepatu. Meskipun kita tidak begitu memerlukan sepatu, kita tentu tidak boleh berjalan tanpa alas kaki. Begitu juga dunia, kita tidak begitu memerlukannya. Namun pernahkan anda mendengar rasa cinta yang terjalin antara seseorang dengan sepatunya?”
(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)
Dia mengatakan: “Nikmat terbesar dalam hidup ini, bahawa Allah adalah Rabb kita.”.... Perhatikanlah tajamnya kepekaan dan lembutnya perasaan pemuda ini!
(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)